Sunday, September 28, 2014

Bayaran parking yang gila mahal ! melampau-lampau !

Slamat petang !

Hye semua, petang ni saya nak kongsikan satu cerita mengenai bayaran parking yang gila melampau punya mahal!

Kawasan letak kenderaan ni dah la kat hospital, memang tidak sepatutnya dan sangat melampau. Macam nak menganiaya orang, masuk hospital sebab sakit..sakit lagi hati ni bila nak membayar parking dengan harga yang sangat tidak sepatutnya.

Kawasannya adalah seperti yang tertera di gambar bawah ini.

Harap pihak berkuasa dapat bertimbang rasa dengan mengambil tindakan dengan menurunkan harga bayaran parking kepada harga yang sepatutnya.

Wednesday, September 24, 2014

Tips meurunkan berat badan dengan cepat !

Selamat pagi semua !

Mari ! luangkan masa anda untuk beberapa tips yang bagus dan berkesan untuk menurunkan berat badan.

Di sini saya kongsikan tips-tips menurunkan berat badan :



1.Olahraga

Berolahraga secara teratur akan memberi perubahan pada bentuk tubuh. Berolahraga seperti push up, jogging, badminton, berlari dan sebagainya sangat membantu dalam menurunkan berat badan. Bertimbunnya lemak di dalam tubuh akan menyebabkan tubuh sukar digerakkan sehingga tubuh menjadi malas dan pergerakkan menjadi semakin perlahan serta terhad

 2.Diet Sihat
Lakukan diet sihat dengan mengubah pola pemakanan dan memilih makanan rendah lemak, makan makanan yang direbus dan buah–buahan segar.

 3.Cukup Tidur
kegemukan bukan saja disebabkan oleh makanan tetapi juga faktor kekurangan waktu tidur. Orang yang kurang tidur,berat badanya melebihi orang yang cukup tidur. kebiasaannya, tidur selama 8 jam sehari sudah mencukupi.

 4.Kurangi stres
stres akan meningkatkan selera makan dan menyebabkan kenaikan berat badan.

 5.Tingkatkan pengambilan makanan berempah
Kebanyakkan rempah–ratus mampu meningkatkan metabolisma  tubuh dan menurunkan berat badan. Rempah–ratus tersebut diantaranya jahe, gingseng, kayu manis, kapulaga, kunyit, dan jintan.

 6.Melakukan urutan secara memijak
Memijak bahagian tubuh yang banyak mengandung lemak untuk melepaskan lemak yang berada di bawah kulit, ianya juga mampu meningkatkan metabolisma tubuh dan melancarkan peredaran darah serta membuang racun dan menurunkan berat badan.

 7.Hindari Minuman Bergas
Minuman bergas akan menghancurkan usaha anda dalam menurunkan berat badan. Hal ini kerana kandungan sebotol kecil minuman bergas mengandungi kira-kira 250 kalori dan semuanya berasal dari gula. Hindarilah minuman bergas kerana selain tidak sihat, minuman bergas juga akan menyebabkan peningkatan berat badan secara mendadak dan mengundang penyakit berbahaya seperti obesiti dan kencing manis.

 8.Hindari Makanan bergoreng
Untuk lebihkan usaha menurunkan berat badan, sebaiknya hindarilah makanan yang digoreng kerana makanan tersebut berpotensi menyimpan lemak trans dan akhirnya dapat menyebabkan penompokkan lemak pada tubuh. Sebaiknya usahakan makanan yang direbus, kukus, sup, dan sebagainya.

 9. Air putih
Jika Anda mengalami dihidrasi, maka sistem metabolisma tubuh akan terganggu. Hal tersebut lah yang menyebabkan terjadinya penimbunan lemak yang semakin besar. Pastikan pengambilan air putih mencukupi agar tubuh tidak mengalami dihidrasi. 8 gelas air putih sehari adalah sebaiknya.

Banyak lagi cara menurunkan berat badan, asalkan kita  rajin mengamalkannya dan memperhatikan pola pemakanan supaya tubuh menjadi sihat dan segar, segala penyakit yang tidak di ingini juga dapat dihindari. Apabila Anda dapat mendisiplinkan diri dan mengamalkan diet yang betul,maka berat badan yang ideal pasti akan dapat dikecapi dengan sekelip mata !Tubuh yang sihat pasti hidup akan lebih bahagia.

Sunday, September 21, 2014

Tips berbelanja dengan bijak !

Assalamualaikum.. Hye semua !

Di sini saya nak kongsikan tips berbelanja dengan bijak, Ayuh kita cuba !

1. Jangan mudah terpengaruh dengan IKLAN dengan maklumat yang keliru serta yang selalu mengeksploitasi kaum wanita yang dijadikan sebagai model.

2. Elakan penggunaan kad kedit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih dan bersikap boros, bawalah wang tunai yang secukupnya ketika membeli.

3. Beli barangan secara pukal lebih murah berbanding membeli barangan dalam kuantiti yang sedikit.
Buatlah belanjawan sebelum membeli belah.

4. Bandingkan yang mana satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding kehendak.

5. Berjimat cermat amalan mulia, bertabunglah walaupun sesen kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

6. Semasa membeli-belah di pasaraya, pilihlah raga/bakul berbanding troli untuk mengisi barang, kerana hal ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika membeli-belah!

7.Lihatlah katalog barangan sebelum membeli belah, belilah barangan yang ada promosi, ini akan membantu anda untuk berjimat!

8. Gores dan menang, jangan terpedaya. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional.

9. Gunakan beg kitar semula semasa membeli belah, penggunaan beg plastik akan mencemarkan alam sekitar!

10. Pastikan logo halal pada barangan adalah yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jangan mudah tertipu dengan logo halal palsu.

11. Belilah barangan keluaran Industri Kecil-kecilan ataupun Industri Desa. Sokong barangan buatan Malaysia.

12. Semak resit pembelian dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.
Belilah makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi, elakan membeli makanan ringan.

13. Pilih buah-buahan tempatan, terdapat pelbagai pilihan, yang bermusim dan juga tidak.
Sentiasa buat bandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya, buat pilihan yang bijak, kadang kala yang tinggu kuantitinya tak semestinya tinngi kualitinya.

14. Belilah barangan elektrik dengan kelulusan SIRIM.

15. Jangan mudah terpedaya dengan barangan beserta promosi hadiah, kadang-kala, harga barangan tanpa hadiah lebih murah dan berbaloi-baloi!

16. Untuk pengguna telekomunikasi, pilihlah pembekal plan yang berpatutan dan bersesuaian dengan tahap penggunaan anda. Buatlah pilihan bijak!

17. Periksa keadan barang sebelum membelinya, lihat keadaan fizikalnya dalam keadaan baik atau tidak, periksa kuantitinya supaya cukup seperti maklumat dalam label.

19. Gunalah kenderaan awam untuk ke kampus atau ke tempat kerja, lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mesra alam.

20. Berkongsi kereta ‘car pooling’ ke kampus atau ke tempat kerja lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.

21. Pastikan label harga tertera pada barangan, jika tiada laporkan pada pihak berkuasa, anda berhak untuk mendapat maklumat yang sewajarnya!

22. Jualan murah! Jangan mudah tertipu, bandingkan harga sebelum dan selepas dahulu sebelum membeli.

23.Dapatkan bantuan jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli. Ingat, anda punyai hak untuk membuat pilihan, jangan biarkan penjual memaksa atau membuat pilihan untuk anda.

Thursday, September 18, 2014

Pasar Raya CURI duit rakyat Malaysia !!

Hello kawan-kawan semua !

Geramnya saya pagi ni ! jumpa lagi satu hal ni, temph hari pasar raya lain, harini yang lain pulak curi duit rakyat..duit siapa?? duit kita !!

Pandai betul pasar raya ni, dalam diam-diam makan duit orang !

Ini pelanggan yang perasan, macam mana dengan beribu-ribu pelanggan yang tak perasan atau malas nak share tentang isu ni?? berapa banyak pasar raya ni curi duit kita?

OOoo.. buka pasar raya besar-besar, banyak-banyak..rupa-rupanya main kotor, guna duit haram !

Tengok ni kawan-kawan.... Banyak tau, bukan sikit..



Hati-hati yea lepas ni, setiap kali selepas membuat pembayaran..check resit dulu dan claim balik duit kita, kita ada hak sebagai seorang pelanggan.

Monday, September 15, 2014

Bahaya Inai Henna !


Sangat ngeri bila tengok gamba di atas. Bahaya inai henna ! Berhati-hatilah kawan-kawan ketika memilih dan membeli inai, jangan main beli je, check dulu tarikh tamat tempohnya, bahan yang digunakan untuk menghasilkannya dan lain-lain lagi. Jangan dah kena baru nak menyesal.

Monday, September 1, 2014

Sindiket PENIPUAN !

Kita berjumpa lagi kawan-kawan :)

OK, harini saya nak kongsikan satu cerita yang agak panas yang kerap kali kita dengari dan ianya penting juga buat pengetahuan kita bersama, serta sebagai langkah berhati-hati terutama sekali ketika kita didatangi orang yang tidak dikenali untuk memberi 'bantuan' , jangan sewenang-wenangnya kita menerima bantuan tersebut ! kerana di sebaliknya, terdapat pelbagai penipuan dan muslihat !

Sindiket penipuan ini semakin berleluasa pada masa sekarang, tujuan penjenayah ini melakukan sindiket penipuan seperti ini adalah bertujuan hendak mengaut keuntungan yang besar, seperti 'membantu' membawa mangsa ke bengkel yang juga bersubahat melakukan sindiket penipuan ini dengan meletakkan harga yang tinggi untuk membaiki kenderaan anda, atau mungkin mereka juga mempunyai niat yang lebih dasyat dari itu??! seperti membawa mangsa perempuan ke kawasan sunyi dan merogol atau membunuh atau mungkin juga hendak merompak mangsa??

Jadi, sama-sama lah kita berwaspada dan berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk menerima 'bantuan' tersebut,kerana sekali terkena, menyesal sampai bila-bila.Sebagai contoh, jom kita sama-sama baca cerita yang di kongsikan oleh saudara kita ini.