Wednesday, January 28, 2015

Yyyiiiaaaarrrkk !! lipas bersepah-sepah kat PASAR RAYA !

Hye kawan-kawan !

Harini saya nak kongsi satu cerita yang menjijikkan dan menggelikan !! terutama sekali kepada mereka yang sangat sensitif tentang aspek kebersihan ! Baru-baru ni terdapat seorang pelanggan menyatakan komennya di laman sosial Facebook, , beliau sangat marah dengan pasar raya ini kerana lalai tentang aspek kebersihan dengan membiarkan haiwan kotor dan busuk (lipas) ini berkeliaran di merata-rata tempat iaitu di 'food court', kaunter pembayaran dan di bahagian barangan membeli belah.

Anda bayangkan kalau lipas tersebut bersarang dalam bungkusan makanan yang kita beli? ini akan mengundang pelbagai penyakit merbahaya kerana memakan makanan yang telah tercemar.

Sangat menjijikkan dan menggeramkan, sila baca di ruangan komen pelanggan tersebut di bawah :



 Harap pasar raya ini dapat melakukan sesuatu, sepeti menggunakan racun seranggan dari semasa ke semasa demi menjamin kebersihan yang berterusan dan memastikan pelanggan meras selesa semasa membeli belah.

Sunday, January 4, 2015

Usaha MYDIN membantu mangsa-mangsa banjir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!
 
Hari ini saya nak kongsikan cerita mengenai bencana banjir di Malaysia, yang kini sedang hangat dengan isu bencana banjir yang berlaku di bahagian Pantai Timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang.Pelbagai syarikat telah turun padang bagi membantu menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir terutama sekali di Kelantan.Antaranya adalah syarikat peruncitan yang terkemuka di Malaysia, iaitu MYDIN Mohamed Holdings Bhd.
 
Usaha yang di jalankan oleh MYDIN adalah dengan menyediakan tabung MYDIN-POKB (Persatuan Orang Kota Bharu) atau ringgit for ringgit yang bermaksud,setiap ringgit yang kita sumbangkan akan digandakan oleh MYDIN.Usaha ini amat membanggakn.