Monday, April 27, 2015

TESCO DAN MYDIN BERPERANG ! TAPI MYDIN TETAP MENJADI PILIHAN HATI !

manipulasi harga pasca GST yg dilakukan oleh beberapa pasaraya gergasi di Malaysia. TESCO, Giant dan Big Aeon JUSCO ternyata tewas di tangan Mydin yang menawarkan harga yg amat berpatutan dan tambahan pula mereka (Mydin) menyerap GST.

Tinjauan terbaru saya mendapati TESCO berusaha menurunkan harga barangan bagi menyaingi harga barangan Mydin. Sabun pencuci Joy misalannya diturunkan harga secara drastik setelah pendedahan dilakukan sebelum ini. Apakah penurunan harga ini signifikan atau tidak, saya serahkan kepada pengguna utk menilainya.

Berikut adalah harga beberapa barangan yg saya survey secara rawak bagi tujuan perbandingan.


1. Beras Taj Mahal (5 kg)
TESCO: RM 32.99
MYDIN: RM 34.90
Beza: -RM 1.91


2. Sabun pencuci Joy
TESCO: RM 9.95
MYDIN: RM 8.45
Beza: RM 1.50


3. Sabun pencuci Dynamo (4.4 kg)
TESCO: RM 19.99
MYDIN: RM 18.60
Beza: RM 1.39

4. Sabun pencuci Dynamo (refill-1.7 kg)
TESCO: RM 9.95
MYDIN: RM 8.99
Beza: RM 0.96


5. Shieldtox (800ml X 2 unit)
TESCO: RM 18.90
MYDIN: RM 18.90
Beza: Sama

6. Sardin tin jenama TC Boy 180g
TESCO: RM 5.79
MYDIN: RM 5.85
Beza: -RM 0.06


7. Sardin tin jenama Marina 425g
TESCO: RM 5.89
MYDIN: RM 5.40
Beza: RM 0.49

8. Sardin jenama TC Boy 425g
TESCO: RM 7.45
MYDIN: RM 6.20
Beza: RM 1.25

9. Sos Cili Jenama Life (Jumbo size 725g)
TESCO: RM 3.99
MYDIN: RM 4.25
Beza: -RM 0.76

10. Quaker Oat 1.2kg
TESCO: RM 15.99
MYDIN: RM 12.90
Beza: RM 3.09

11. Minyak masak jenama Naturel 3kg
TESCO: RM 22.99
MYDIN: RM 25.65
Beza: -RM 2.66

Nota: Barangan2 makanan bertin dan sabun pencuci adalah antara barangan yg dikenakan GST. Harga yg dipaparkan adalah harga termasuk GST.

Walaupun harga ditawarkan TESCO kelihatan semakin kompetitif (tidak cekik darah seperti sebelum ini), anda akan tetap mendapat penjimatan sebanyak RM 3.29 sekiranya anda berbelanja di Mydin.

Sebenarnya ini yang kita mahu. Persaingan harga yg kuat bagi memenangi hati pengguna. Jika diluar negara, para pengguna akan boikot pasaraya yg mahal hingga mereka tunduk kepada kehendak pengguna.

Terpulang kepada rakyat Malaysia (terutamanya penduduk bandar spt saya) pasaraya mana antara kedua pasaraya gergasi ini yang menjadi pilihan destinasi berbelanja.

Namun secara peribadi, saya lebih suka berbelanja di pasaraya yg tidak mengambil kesempatan seperti Mydin dan yg menawarkan harga yg berpatutan. Dalam keadaan MYDIN menyerap GST, mereka masih mampu memberikan penjimatan keseluruhan berbanding TESCO.

Namun demikian MYDIN perlu meneliti semula harga beberapa barangan seperti minyak masak dan beras yang menunjukkan perbezaan yang agak ketara dengan TESCO menawarkan harga yg lebih murah.

Kesimpulannya: Nice try TESCO...try harder.

Wednesday, April 8, 2015

Giant Vs. Mydin. MYDIN MURAH !


 
 Perbezaan harga yg sgt ketara antara GIANT dan MYDIN.
Jumlah penjimatan 10 barang adalah RM 27.95.
 
Jom lah kita pakay-pakat beli belah kat Mydin, Tesco pon kalah dengan Mydin !
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, April 1, 2015

Alikhsan dan Mydin sama-sama TAK NAIKKAN HARGA. MYDIN TAK TIPU

Ramai salah faham dengan resit Mydin ni.


GST ada pada resit sebab tu memang kastam punya requirement or Law requirement..Itu memang Syarat GST,  iaitu tunjuk pengiraan cukai GST pada resit tak seperti SST. GST kena tunjuk pada resit walaupun dia declare akan absorb GST.

Kepada yang masih kurang faham pengiraan gst di mydin boleh lah lihat bagaimana contoh kedai alikhsan melaksanakannya.

Alikhsan kata, misalnya harga baju sblm gst adalah rm100, selepas gst harganya tetap sama rm100. TAPI gst ditulis juga di resit.Alikhsan turunkan harga baju tu, dari RM100 kepada RM94.30 bertujuan untuk mngelakkan harga baju tersebut meningkat dan untuk mengekalkan harga baju tersebut tetap RM100. Pengiraan akan menjadi seperti berikut dlm resit:
 
 = rm94.30 + (6% x rm94.60)
 = rm94.30 + rm5.70
 = rm100

Alikhsan sudah menyerap gst tersebut. Begitu juga dgn pasaraya mydin. Korang dah cuba tambah semua total item price tak? Adakah 6% ditambah diatas total price tersebut? Tidak kan

Mydin juga buat PERKARA YANG SAMA. Harap penjelasan ini dapat membuang prasangka buruk orang ramai terharap Mydin. MYDIN TAK TIPU !