Assalamualaikum dan salam sejahtera ^o^
Sekarang, panas dengan isu perang di Gaza, saudara kita bertarung nyawa, berperang senjata demi hendak menyelamatkan keluarga tercinta, saudara mara dan kawan-kawan. Malangnya, masih ada nyawa yang tidak dapat di selamatkan, bahkan berjuta-juta saudara kita telah terkorban.
Kita sebagai rakyat Malaysia hanya mampu bersimpati dan sedih dengan hal ini, apa yang kita mampu lakukan hanya lah berdoa memohon agar nasib saudara kita di sana terbela.
Selain itu !! kita juga mampu membantu mereka dengan tidak membeli barangan Israel,kerana ianya secara tidak langsung akan membantu Israel membeli senjata menyerang lebih ramai lagi saudara kita di Gaza.
Memandangkan sekarang panas dengan isu boikot barangan Israel, saya ingin kongsikan satu poster yang saya jumpa di laman sosial. Agak menarik dan sangat benar. Cubalah kawan-kawan..
Ayuh ! kita beramai-ramai berubah daripada membeli barangan luar negara, kepada barangan tempatan, secara tidak langsung kita dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan meyokong barangan tempatan.

No comments:
Post a Comment