Monday, April 27, 2015

TESCO DAN MYDIN BERPERANG ! TAPI MYDIN TETAP MENJADI PILIHAN HATI !

manipulasi harga pasca GST yg dilakukan oleh beberapa pasaraya gergasi di Malaysia. TESCO, Giant dan Big Aeon JUSCO ternyata tewas di tangan Mydin yang menawarkan harga yg amat berpatutan dan tambahan pula mereka (Mydin) menyerap GST.

Tinjauan terbaru saya mendapati TESCO berusaha menurunkan harga barangan bagi menyaingi harga barangan Mydin. Sabun pencuci Joy misalannya diturunkan harga secara drastik setelah pendedahan dilakukan sebelum ini. Apakah penurunan harga ini signifikan atau tidak, saya serahkan kepada pengguna utk menilainya.

Berikut adalah harga beberapa barangan yg saya survey secara rawak bagi tujuan perbandingan.


1. Beras Taj Mahal (5 kg)
TESCO: RM 32.99
MYDIN: RM 34.90
Beza: -RM 1.91


2. Sabun pencuci Joy
TESCO: RM 9.95
MYDIN: RM 8.45
Beza: RM 1.50


3. Sabun pencuci Dynamo (4.4 kg)
TESCO: RM 19.99
MYDIN: RM 18.60
Beza: RM 1.39

4. Sabun pencuci Dynamo (refill-1.7 kg)
TESCO: RM 9.95
MYDIN: RM 8.99
Beza: RM 0.96


5. Shieldtox (800ml X 2 unit)
TESCO: RM 18.90
MYDIN: RM 18.90
Beza: Sama

6. Sardin tin jenama TC Boy 180g
TESCO: RM 5.79
MYDIN: RM 5.85
Beza: -RM 0.06


7. Sardin tin jenama Marina 425g
TESCO: RM 5.89
MYDIN: RM 5.40
Beza: RM 0.49

8. Sardin jenama TC Boy 425g
TESCO: RM 7.45
MYDIN: RM 6.20
Beza: RM 1.25

9. Sos Cili Jenama Life (Jumbo size 725g)
TESCO: RM 3.99
MYDIN: RM 4.25
Beza: -RM 0.76

10. Quaker Oat 1.2kg
TESCO: RM 15.99
MYDIN: RM 12.90
Beza: RM 3.09

11. Minyak masak jenama Naturel 3kg
TESCO: RM 22.99
MYDIN: RM 25.65
Beza: -RM 2.66

Nota: Barangan2 makanan bertin dan sabun pencuci adalah antara barangan yg dikenakan GST. Harga yg dipaparkan adalah harga termasuk GST.

Walaupun harga ditawarkan TESCO kelihatan semakin kompetitif (tidak cekik darah seperti sebelum ini), anda akan tetap mendapat penjimatan sebanyak RM 3.29 sekiranya anda berbelanja di Mydin.

Sebenarnya ini yang kita mahu. Persaingan harga yg kuat bagi memenangi hati pengguna. Jika diluar negara, para pengguna akan boikot pasaraya yg mahal hingga mereka tunduk kepada kehendak pengguna.

Terpulang kepada rakyat Malaysia (terutamanya penduduk bandar spt saya) pasaraya mana antara kedua pasaraya gergasi ini yang menjadi pilihan destinasi berbelanja.

Namun secara peribadi, saya lebih suka berbelanja di pasaraya yg tidak mengambil kesempatan seperti Mydin dan yg menawarkan harga yg berpatutan. Dalam keadaan MYDIN menyerap GST, mereka masih mampu memberikan penjimatan keseluruhan berbanding TESCO.

Namun demikian MYDIN perlu meneliti semula harga beberapa barangan seperti minyak masak dan beras yang menunjukkan perbezaan yang agak ketara dengan TESCO menawarkan harga yg lebih murah.

Kesimpulannya: Nice try TESCO...try harder.

Wednesday, April 8, 2015

Giant Vs. Mydin. MYDIN MURAH !


 
 Perbezaan harga yg sgt ketara antara GIANT dan MYDIN.
Jumlah penjimatan 10 barang adalah RM 27.95.
 
Jom lah kita pakay-pakat beli belah kat Mydin, Tesco pon kalah dengan Mydin !
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, April 1, 2015

Alikhsan dan Mydin sama-sama TAK NAIKKAN HARGA. MYDIN TAK TIPU

Ramai salah faham dengan resit Mydin ni.


GST ada pada resit sebab tu memang kastam punya requirement or Law requirement..Itu memang Syarat GST,  iaitu tunjuk pengiraan cukai GST pada resit tak seperti SST. GST kena tunjuk pada resit walaupun dia declare akan absorb GST.

Kepada yang masih kurang faham pengiraan gst di mydin boleh lah lihat bagaimana contoh kedai alikhsan melaksanakannya.

Alikhsan kata, misalnya harga baju sblm gst adalah rm100, selepas gst harganya tetap sama rm100. TAPI gst ditulis juga di resit.Alikhsan turunkan harga baju tu, dari RM100 kepada RM94.30 bertujuan untuk mngelakkan harga baju tersebut meningkat dan untuk mengekalkan harga baju tersebut tetap RM100. Pengiraan akan menjadi seperti berikut dlm resit:
 
 = rm94.30 + (6% x rm94.60)
 = rm94.30 + rm5.70
 = rm100

Alikhsan sudah menyerap gst tersebut. Begitu juga dgn pasaraya mydin. Korang dah cuba tambah semua total item price tak? Adakah 6% ditambah diatas total price tersebut? Tidak kan

Mydin juga buat PERKARA YANG SAMA. Harap penjelasan ini dapat membuang prasangka buruk orang ramai terharap Mydin. MYDIN TAK TIPU !

Tuesday, March 31, 2015

Sunday, March 29, 2015

Mydin tak kenakan GST ! TERBAIK !

Hye semua ! berita baik buat anda semua !!

GST is around the corner !!! 1 April ni. Apa persediaan anda semua? dah buat listing barang apa nak beli? yela.. nanti kalau tak buat, terlebih beli membazir pulak..lagi-lagi bila dah GST nanti. Kecut perut, menggigil tangan ni nak bayar !

Kita sebagai pembeli kenalah bijak, selain buat listing, jimat duit dengan kurangkan perbelanjaan, kita semua mesti pandai memilih tempat untuk kita nak membeli-belah !

1 dalam sejuta komplek atau pasar raya membeli-belah di Malaysia ni, TAK KENAKAN GST ! tak mengambil untung asalkan membantu mengurangkan beban rakyat , memang saya salute dengan pasar raya besar ni, dan yang paling membanggakan adalah pasar raya ni adalah pasar raya milik bumiputera kita. Nak tau pasar raya apa?

Mestilah pasar raya besar bumiputera yg terkemuka di Malaysia ini ! tak lain tak bukan, MYDIN lah ! Mydin memang terbaik, sangat prihatin..selain membantu mangsa banjir baru-baru ini, Mydin sekali lagi mengambil langkah prihatin dengan TIDAK MENGENAKAN GST ke atas ke semua pelanggannya.

Marilah kita pakat-pakat serbu Mydin, bawak semua saudara-mara, kawan-kawan, cucu-cicit ke Mydin !! memang sangat bijak jika berbelanja di Mydin!


Mydin memang terbaik ! MYMYDIN ini juga adalah Mydin!

Tuesday, March 17, 2015

Promosi terhebat di dunia !!!!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi kawan-kawan sekalian !!

Harini Safiah nak kongsikan cerita tentang PROMOSI PALING GEMPAK ! rui kalau you all tak baca tau.

PROMOSI PALING GEMPAK ni smpai menyumbang kepada pembaziran, tak berfaedah dan buang masa..

Haaaaa.. mesti pelik kan ? kalau nak tau lihat la gamba di bawah ni:

 
GEMPAK kan PROMOSI PALING GEMPAK ni?? jimat 0.01 sen beb ! jom la beli !
 
Ada-ada je kan, baik tak payah buat promosi, nak print iklan tu pon dah berapa dah kos nya. Promosi hebat la sgt !

Sunday, March 15, 2015

Perbezaan antara Milo TIRUAN dan ORIGINAL

Hai kawan-kawan semua,

Kita selalu kisah pasal ketulenan dan keaslian (original) pakaian, gadget, jam tangan, kasut dan lain sebelum kita buat keputusan untuk beli. TAPI pernah tak kita semua ambil kisah soal makanan atau minuman? Asli ke tak makanan tu? kalau tiruan macam mana dengan kesihatan kita ? perut kita ?TIDAK.. kita semua tidak peduli pun, hanya 1 dari 10 orang yang akan betul-betul ambil serius tentang soal ini.

Cara-cara untuk membezakannya tidak sama, ada kalanya pada bungkusan, rasa, bau dan lain-lain. Tapi harini saya nak kongsi bersama anda semua tentang perbezaan MILO TITUAN DAN ASLI.
Sila lihat gambar di bawah ini.

 
Kalau yang TIRUAN, bungkusan di bahagian atas akan bergerigi (tajam-tajam), yang ASLI pula tidak bergerigi tetapi LURUS (tidak tajam).
Lihat?? simple je, tapi benda simple ni la yang selalu kita tak perasan dan ambil kisah. Hati-hati ya kawan-kawan!

Sunday, March 1, 2015

Lapan-pasar-raya-22-cawangan-sertai-kempen-penurunan-harga-

WOw ! Pasar Raya yang sangat bagus dan menunjukkan keprihatinan dengan menurun harga barangan. Jom pakat2 shopping kat 8 pasar raya ni!!


 Sebanyak lapan pasar raya besar di negeri ini serta 22 cawangan masing-masing menyertai Kempen Penurunan Harga 2015. Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Mohd. Faisal Rahman berkata, lapan pasar raya terlibat ialah Mydin, Tesco, Giant, Aeon Jusco, Freshco, Family Store, Econsave dan Jasin Point. Menurutnya, kempen tersebut dilancarkan secara serentak di seluruh negara hari ini. Advertisement"Kami mengharap para pengguna menjadi lebih bijak dengan memilih dan membeli barangan di pasar raya yang mengambil bahagian. "Seruan kementerian ini adalah bertujuan membolehkan masyarakat berjimat dalam pembelian barangan terpilih," katanya. AdvertisementBeliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas pelancaran kempen tersebut oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Lai Meng Chong di Mydin Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini.

Antara barangan yang diturunkan harga termasuk ikan, ayam, sayur-sayuran dan cili. Dalam pada itu, Meng Chong berkata, sebanyak 94 kes menyalahi pelbagai kesalahan berkaitan kawalan harga dan timbang sukat direkodkan antara Januari hingga 27 Februari lalu. Ini termasuklah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (46 kes), Akta Timbang Dan Sukat 1972 (33 kes), Akta Perihal Dagangan 2011 (9 kes), Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Sewa Beli 1967 masing-masing dua kes, manakala Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 masing-masing satu kes. Menurutnya, nilai rampasan adalah sebanyak RM43,937.50, manakala nilai kompaun adalah RM18,500 meliputi 83 kes. Meng Chong berkata, sepanjang tahun lalu sebanyak 441 kes dicatatkan melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan RM1.95 juta. Katanya, sebanyak 281 kompaun dikeluarkan melibatkan nilai sebanyak RM59,300. -

Thursday, February 19, 2015

TESCO.. Lagi SEKALI..sekali LAGI !

lagi..lagi..lagi.. dan lagi..

Ape ni.. Pasar raya lain pon ada jugak wat kesilapan,tapi xda la smpai berjuta-juta kali sangat macam ni..

Sunday, February 15, 2015

Barangan Tiruan di jual di kedai RM2.00

Assalamualaikum semua,

Hye kawan-kawan.. Sejak kebelakangan ni terdapat banyak barangan tiruan yang di jual di pasaran,
Kadang-kala hampir-hampir dah nak terbeli, sebab ape? sebab nama barangan tiruan tu lebih kurang sama, sekali pandang memang takkan perasan punya.

Dulu kalau barang tiruan ni biasanya benda yang mahal-mahal, macam jam tangan, handphone dan lain-lain, tapi sekarang ni dah tak kisah dah.. Barang yang harganya yang majoriti mampu beli pon ada TIRUAN tau. Yang paling tak munasabahnya, produk kecantikan macam Shampoo, Sabun mandian, pencuci muka..pun ada, tak risau ke nanti kena saman kalau ada pengguna yang buat report jual barang tak berkualiti?? Tapi dalam hal ni, bukan salah pengilang je, salah pengguna juga..dah tau tiruan pegi beli buat apa.

Tak percaya? cuba tengok gamba ni. Nak tergelak pon ada bila tengok.


Produk ni semua boleh dapatkan di kedai RM2.00. hehehe,kalau berani beli la,nanti kalau ada kesan sampingan pada kulit kepala, TANGGUNG la SENDIRI ye !

Sunsilk jadi SINSILK, Pantene jadi PANTOIL. hihihi

Friday, February 13, 2015

MYDIN turunkan harga tanda prihatin terhadap RAKYAT. BAGUS.. Pasar Raya contoh terbaik.

Wow ..wow.. wow !!

Pasar Raya yang memberi contoh terbaik! MYDIN..cayalah MYDIN !!

Dalam akhbar Berita Harian Online menyatakan  : Pasaraya Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) menyahut seruan kerajaan dengan mengurangkan harga jualan hingga 30 peratus ke atas 50 barangan terpilih.

Dalam satu kenyataan, pengendali pasar raya itu menjelaskan penurunan harga berkenaan akan dilaksanakan di 18 Pasar Raya Besar, 16 gedung dan tiga bazar di seluruh negara.
Antara barangan berkenaan termasuk ikan Bawal Hitam, Selar, Cili Merah, Timun, Milo (400g), Kopi Hang Tuah, Power Root Ali Cafe 5 in 1, Kicap Jalen (650gm), Rempah Adabi (250g) serta Huggies Drypers.

Langkah penurunan itu bagi memastikan harga barangan yang terdapat di MYDIN mampu dimiliki dan tidak membebankan pengguna, khususnya golongan rakyat yang berpendapatan rendah.

Monday, February 9, 2015

Milo promosi pakej sekali dengan air dah basi !! yiiaaarrrkk !!

Milo selalu ada promosi.. Tapi hasilnya ape? baik xpayah..Dah la kalau kat pasaran pon Milo mahal.
Ini lah taktik nak habiskan stok, nak elak dari kerugiaan,tapi tergamak jual yang dah rosak.

Kalau maca, ni baik beralih je pada produk tempatan ni, sambil2 tu bole jugak sokong barangan tempatan kita.. syarikat bumiputera kita.

 
Nak dapatkan produk ni, mudah je.. pergi lah Mydin ! murah.. rasanya pon lagi lazat berbanding Milo.Ayuh !kita cuba !

Saturday, February 7, 2015

SEKALI LAGI.. Pasar Raya menipu !

HELLO SEMUA ..

Disini sekali lagi..SEKALI LAGI..SEKALI LAGI..rasanya bukan sekali je ni..dah berulang2 kali saya update pasal cerita yang sama..lagi lagi soal harga yang berbeza, kat resit lain kat tag harga rak lain. Apa la nak jadi dengan Pasar Raya ni. Tak puas2 menipu pelnggan.

Yang ni saya jumpa di laman sosial, ada makhluk Allah ni post.Lihat la sendiri gambar ini.


tengok ni.. ish..ish..ish..da bapa juta kali da ni weeyyy !!

Monday, February 2, 2015

Promosi Terhebat dan Bengong !

Hye kawan-kawan,

Saya cuma nak kongsikan penerangan yang agak singkat dan ringkas je.

Perlu ke adakan promosi kalau setakat 0.01 sen je jimatnya?? Nak print iklan tu pon dah makan perbelanjaan berapa dah,yang pasti lebih dari 0.01 sen.

TESCO..TESCO..TESCO..TESCO...



Wednesday, January 28, 2015

Yyyiiiaaaarrrkk !! lipas bersepah-sepah kat PASAR RAYA !

Hye kawan-kawan !

Harini saya nak kongsi satu cerita yang menjijikkan dan menggelikan !! terutama sekali kepada mereka yang sangat sensitif tentang aspek kebersihan ! Baru-baru ni terdapat seorang pelanggan menyatakan komennya di laman sosial Facebook, , beliau sangat marah dengan pasar raya ini kerana lalai tentang aspek kebersihan dengan membiarkan haiwan kotor dan busuk (lipas) ini berkeliaran di merata-rata tempat iaitu di 'food court', kaunter pembayaran dan di bahagian barangan membeli belah.

Anda bayangkan kalau lipas tersebut bersarang dalam bungkusan makanan yang kita beli? ini akan mengundang pelbagai penyakit merbahaya kerana memakan makanan yang telah tercemar.

Sangat menjijikkan dan menggeramkan, sila baca di ruangan komen pelanggan tersebut di bawah :



 Harap pasar raya ini dapat melakukan sesuatu, sepeti menggunakan racun seranggan dari semasa ke semasa demi menjamin kebersihan yang berterusan dan memastikan pelanggan meras selesa semasa membeli belah.

Sunday, January 4, 2015

Usaha MYDIN membantu mangsa-mangsa banjir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!
 
Hari ini saya nak kongsikan cerita mengenai bencana banjir di Malaysia, yang kini sedang hangat dengan isu bencana banjir yang berlaku di bahagian Pantai Timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang.Pelbagai syarikat telah turun padang bagi membantu menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir terutama sekali di Kelantan.Antaranya adalah syarikat peruncitan yang terkemuka di Malaysia, iaitu MYDIN Mohamed Holdings Bhd.
 
Usaha yang di jalankan oleh MYDIN adalah dengan menyediakan tabung MYDIN-POKB (Persatuan Orang Kota Bharu) atau ringgit for ringgit yang bermaksud,setiap ringgit yang kita sumbangkan akan digandakan oleh MYDIN.Usaha ini amat membanggakn.