WOw ! Pasar Raya yang sangat bagus dan menunjukkan keprihatinan dengan menurun harga barangan. Jom pakat2 shopping kat 8 pasar raya ni!!
Sebanyak lapan pasar raya besar di negeri ini serta 22 cawangan masing-masing menyertai Kempen Penurunan Harga 2015. Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Mohd. Faisal Rahman berkata, lapan pasar raya terlibat ialah Mydin, Tesco, Giant, Aeon Jusco, Freshco, Family Store, Econsave dan Jasin Point. Menurutnya, kempen tersebut dilancarkan secara serentak di seluruh negara hari ini. Advertisement"Kami mengharap para pengguna menjadi lebih bijak dengan memilih dan membeli barangan di pasar raya yang mengambil bahagian. "Seruan kementerian ini adalah bertujuan membolehkan masyarakat berjimat dalam pembelian barangan terpilih," katanya. AdvertisementBeliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas pelancaran kempen tersebut oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Lai Meng Chong di Mydin Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini.
Antara barangan yang diturunkan harga termasuk ikan, ayam, sayur-sayuran dan cili. Dalam pada itu, Meng Chong berkata, sebanyak 94 kes menyalahi pelbagai kesalahan berkaitan kawalan harga dan timbang sukat direkodkan antara Januari hingga 27 Februari lalu. Ini termasuklah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (46 kes), Akta Timbang Dan Sukat 1972 (33 kes), Akta Perihal Dagangan 2011 (9 kes), Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Sewa Beli 1967 masing-masing dua kes, manakala Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 masing-masing satu kes. Menurutnya, nilai rampasan adalah sebanyak RM43,937.50, manakala nilai kompaun adalah RM18,500 meliputi 83 kes. Meng Chong berkata, sepanjang tahun lalu sebanyak 441 kes dicatatkan melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan RM1.95 juta. Katanya, sebanyak 281 kompaun dikeluarkan melibatkan nilai sebanyak RM59,300. -
No comments:
Post a Comment