Petang ini saya ingin kongsikan satu cerita yang sangat di luar jangkaan kita semua, cerita ini akan membuat kita semua merasa marah dan amat mengecewakan, terutam sekali kepada mereka yang sering berbelanja di pasar raya ini.
Tempoh hari saya pergi berbelanja di Aeon Big, sedang saya leka berbelanja, saya sangat terkejut apabila sedang membeli-belah, tiba-tiba saya terhidu bau yang sangat busuk ! bau busuk tersebut membuatkan saya merasa musykil dan perasaan ingin tahu semakin meluap-luap, saya pun mengambil langkah untuk mencari dari mana datangnya bau busuk tersebut, rupa-rupanya dari bahagian sayur-sayuran! apabila saya pergi melihat..alangkah terkejutnya saya apabila ternampak beberapa ekor TIKUS! yang sedang enak tidur dan sedang enak memakan sayur-sayuran tersebut.
Saya segera berlari mendapatkan pekerja yang menjaga di bahagian sayur-sayuran, pekerja tersebut kelihatan tidak sedikit pon menunjukkan riak muka terkejut dan cemas,sepertinya ianya perkara biasa di pasar raya tersebut.
Amat mengecewakan, saya pulang tanpa membeli apa-apa kerana bimbang akan kebersihan makanan di pasar raya tersebut.
Di sini saya kongsikan gamba sebagai bukti buat tatapan kawan-kawan:

No comments:
Post a Comment