Monday, November 3, 2014

Kes-kes penipuan yang terjadi di Malaysia.

Kes-kes penipuan yang terjadi di Malaysia. Saya kongsikan kepada anda semua, kes ini saya dapat dari seorang penulis yang hebat dan berpengalaman dalam isu penipuan-penipuan yang semakin berleluasa di Malaysia.

Penulis:"Saudara Mohd Faiz Bin Mazlishah merupakan penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran di UiTM Shah Alam dalam mod Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Beliau yang sekarang berada di tahun ke-2 pengajian merupakan seorang Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Siswa UiTM Shah Alam dalam bahagian perniagaan. Beliau juga aktif dalam penulisan blog di blog peribadi beliau www.morningtonight.com."
 
1 Skim 1 Malaysia

Kelicikan penipu menggunakan isu semasa menunjukkan penipu lebih berilmu daripada individu yang ditipu. Mereka sering mengaku yang mereka merupakan dari badan 1Malaysia sedangkan hakikatnya badan 1Malaysia tidak pernah mengiktiraf mereka. Populariti slogan 1Malaysia sengaja mereka gunakan untuk menjerat mangsa.

Bayangkan jika anda ditawarkan geran sebanyak RM200,000.00 untuk membuka kedai 1Malaysia dengan hanya membeli geran tersebut sebanyak RM10,000.00 daripada seorang individu yang bergelar Dato' unntuk membuka kedai 1Malaysia anda hanya memerlukan RM100,000.00 sahaja manakala selebihnya boleh gunakan sesuka hati anda dan bayaran mesti dibuat secepat mungkin (pada malam perjumpaan kami) kononnya bagi proses menukar nama geran tersebut. Dimanakah logiknya perkara ini? Siapakah yang begitu baik hati memberikan anda duit sesuka hati mereka sedangkan hakikat sebenarnya begitu susah untuk mendapatkan 1 sen pun daripada mana-mana pihak!

Jika dibuat kajian, begitu banyak kes penipuan yang membabitkan nama dana kerajaan 1Malaysia termasuklah kes biasiswa 1Malaysia yang sering menghiasi tajuk akhbar di Malaysia. Ini sedikit sebanyak mencemarkan nama 1Malaysia hanya kerana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan slogan tersebut untuk penipuan mereka.

2 Penipuan Gajet

Suatu pagi penulis dikejutkan dengan satu mesej daripada seorang sahabat yang menawarkan untuk membeli iphone 5s 64gb dengan harga hanya RM1,500.00 sahaja! Menurut sahabat penulis tawaran tersebut hanya sah sehingga tengahari pada hari berkenaan. Penulis yakin ini hanyalah satu penipuan dan penulis cuba menyiasat kerana harga yang ditawarkan sekali ganda lebih murah daripada harga pasaran (lebih kurang RM3,000.00). Sahabat penulis yang sedikit berdegil menegaskan bahawa gajet tersebuat dijual oleh seorang pelakon tambahan yang dikenalinya melalui aplikasi instagram. Menurut pelakon terbabit gajet terbabit didapati daripada teman wanitanya yang berkerja di syarikat telekomunikasi Maxis dan gajet tersebut adalah untuk penghabisan stok. Dengan segala maklumat yang ada penulis membuat kajian dan ternyata ini adalah penipuan kerana kes yang sama pernah terjadi kepada artis-artis Malaysia tidak lama dahulu dengan paten penipuan hampir 100% sama! Ternyata pelakon terbabit mendesak sahabat penulis untuk membayar deposit tanpa berjumpanya dahulu dengan pelbagai alasan yang dibuatnya dan penulis berjaya menyelamatkan sahabat penulis yang telah mengambil lima tempahan pada pagi itu sahaja.


3 Cabutan Bertuah

Penipuan jenis ini adalah jenis penipuan yang paling banyak dan biasa terjadi. Pernahkan anda mendapat SMS atau panggilan telefon yang mengumumkan anda sebagai pemenang cabutan bertuah daripada mana-mana syarikat atau bank? Kebiasaannya penipuan menggunakan nama public listed company seperti Petronas, Telekom atau TNB dan juga mana-mana bank di Malaysia. penulis pernah mendapat panggilan yang mengumumkan penulis telah memenangi hadiah 1 juta ringgit Malaysia daripada Petronas. Pemanggil tersebut menggunakan Private Number dan yang paling ketara percakapan pemanggil begitu pelat (pemanggil mungkin berbangsa Cina). Pemanggil cuba meminta nombor dan tarikh luput kad ATM penulis dan pastinya dia tidak berjaya melakukannya atas beberapa sebab yang penulis rasa begitu meragukan iaitu :


1. Adakah Petronas mengupah seseorang yang melakukan kerja-kerja public relation (PR) yang begitu pelat dalam bidang komunikasi?

2. Kenapakah panggilan dibuat pada awal pagi hari minggu iaitu hari Ahad?

3. Kenapa penulis tidak tahu mengenai cabutan bertuah ini dalam mana-mana sumber termasuklah akhbar atau kaca televisyen? Adakah petronas tidak bangga dapat memberikan cabutan bertuah sebanyak 1juta kepada penggunanya?

4. penulis tidak pernah mengisi mana-mana borang cabutan bertuah dengan Petronas.

Perkara yang paling dikesali penulis bila salah seorang staf penulis memasukkan RM500.00 kedalam akaun penipu setelah mendapat SMS yang menyatakan dia memenangin cabutan bertuah daripada sebuah bank dan penipuan tersebut dipercayai didalangi oleh rakyat Indonesia.


4 Penipuan Mudah.my

Pihak mudah.my sering menekankan supaya pembelian dialakukan melalui proses cash on delivery (COD) atau pembayaran semasa penghantaran. Kes kali ini apabila sahabat penulis dari kampung ingin menyewa sebuah rumah teres di kawasan berdekatan i-city Shah Alam. Pembayaran deposit telah dilakukan dengan memasukkan duit ke dalam akaun sebanyak RM2,400.00 iaitu deposit selama dua bulan sewa. Sahabat penulis meminta penulis untuk meninjau rumah terbabit setelah tiada khabar berita daripada pemilik rumah walaupun pembayaran telah dibuat. Penulis mendapat tahu daripada jiran rumah berkenaan bahawa rumah itu telah ada penyewa dan ramai telah tertipu dengan iklan di Mudah.

5 Penipuan sedekah online

Penulis paling kecewa dengan peniuan ini kerana mereka menggunakan agama bagi menjalankan penipuan mereka. Kononnya terdapat ramai jutawan yang menyalurkan bantuan sedekah kepada mereka untuk diagihkan kepada orang ramai. Antara yang ditawarkan ialah dana niaga dan dana pendidikan dimana yuran proses bagi mendapatkan dana tersebut ialah diantara RM50.00 dan RM150.00. Bayangkan mereka yang meminta dana zakat adalah daripada golongan yang tidak mampu dan jumalah RM50.00 itu begitu besar bagi mereka namun tanpa hati perut mereka ini menggunakan agama bagi mengaburi mata pemohon. Penulis syak penipuan ini didalangi rakyat Indonesia kerana sedekah secara online sangat popular di sana. Untuk pengetahuan semua penulis juga tertipu kali ini apabila penulis memohon dana niaga walaupun terdapat banyak was-was semasa permohonan tersebut namun penulis dikaburi oleh penggunaan agama daripada penipu. Yang pastinya penipuan ini begitu terancang dengan penubuhan pejabatnya di Seksyen 15 Shah Alam dan operasi websitenya.
 
Ini antara kes-kes yang penulis alami dan banyaklah lagi kes penipuan yang terjadi termasuklah penipuan MLM dan penipuan luar negara. Daripada kes-kes yang penulis alami kita dapat mengenal pasti penipuan dengan bebrapa cara dan antaranya ialah :
1. Penipu akan mendesak untuk mendapatkan duit seawal mungkin dengan pelbagai alasan.
2. Penipu akan menggunakan gelaran atau nama-nama individu yang terkenal untuk melakukan penipuan seperti Dato' atau artis.
3. Penipu akan menggunakan isu-isu semasa dalam menjalankan penipuan mereka.
4. Penipu meminta data peribadi seperti nombor akaun atau sebagainya.
5. Penipu menawarkan harga yang begitu murah dari harga pasaran.
6. Penipu menggunakan agama dan perwatakan yang alim.
7. Penipu tidak menggunakan sistem cash on delivery.


1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa - Mapyro
    Find your 상주 출장안마 way around the casino, find where everything is 파주 출장마사지 located with 경상남도 출장안마 the map. See 제천 출장마사지 all the information you need to find casinos 서귀포 출장안마 in the area.

    ReplyDelete