Penulis:
"Saudara Mohd Faiz Bin Mazlishah merupakan penuntut
jurusan Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran di UiTM Shah Alam dalam mod
Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Beliau yang sekarang berada di tahun ke-2 pengajian
merupakan seorang Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Siswa UiTM Shah Alam dalam
bahagian perniagaan. Beliau juga aktif dalam penulisan blog di blog peribadi
beliau www.morningtonight.com."
1 Skim 1 Malaysia
Kelicikan penipu menggunakan isu semasa menunjukkan penipu
lebih berilmu daripada individu yang ditipu. Mereka sering mengaku yang mereka
merupakan dari badan 1Malaysia sedangkan hakikatnya badan 1Malaysia tidak pernah
mengiktiraf mereka. Populariti slogan 1Malaysia sengaja mereka gunakan untuk
menjerat mangsa.
Bayangkan jika anda ditawarkan geran sebanyak RM200,000.00 untuk membuka kedai 1Malaysia dengan hanya membeli geran tersebut sebanyak RM10,000.00 daripada seorang individu yang bergelar Dato' unntuk membuka kedai 1Malaysia anda hanya memerlukan RM100,000.00 sahaja manakala selebihnya boleh gunakan sesuka hati anda dan bayaran mesti dibuat secepat mungkin (pada malam perjumpaan kami) kononnya bagi proses menukar nama geran tersebut. Dimanakah logiknya perkara ini? Siapakah yang begitu baik hati memberikan anda duit sesuka hati mereka sedangkan hakikat sebenarnya begitu susah untuk mendapatkan 1 sen pun daripada mana-mana pihak!
Jika dibuat kajian, begitu banyak kes penipuan yang membabitkan nama dana kerajaan 1Malaysia termasuklah kes biasiswa 1Malaysia yang sering menghiasi tajuk akhbar di Malaysia. Ini sedikit sebanyak mencemarkan nama 1Malaysia hanya kerana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan slogan tersebut untuk penipuan mereka.
Bayangkan jika anda ditawarkan geran sebanyak RM200,000.00 untuk membuka kedai 1Malaysia dengan hanya membeli geran tersebut sebanyak RM10,000.00 daripada seorang individu yang bergelar Dato' unntuk membuka kedai 1Malaysia anda hanya memerlukan RM100,000.00 sahaja manakala selebihnya boleh gunakan sesuka hati anda dan bayaran mesti dibuat secepat mungkin (pada malam perjumpaan kami) kononnya bagi proses menukar nama geran tersebut. Dimanakah logiknya perkara ini? Siapakah yang begitu baik hati memberikan anda duit sesuka hati mereka sedangkan hakikat sebenarnya begitu susah untuk mendapatkan 1 sen pun daripada mana-mana pihak!
Jika dibuat kajian, begitu banyak kes penipuan yang membabitkan nama dana kerajaan 1Malaysia termasuklah kes biasiswa 1Malaysia yang sering menghiasi tajuk akhbar di Malaysia. Ini sedikit sebanyak mencemarkan nama 1Malaysia hanya kerana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan slogan tersebut untuk penipuan mereka.
2 Penipuan Gajet
Suatu pagi penulis dikejutkan dengan satu mesej daripada
seorang sahabat yang menawarkan untuk membeli iphone 5s 64gb dengan harga hanya
RM1,500.00 sahaja! Menurut sahabat penulis tawaran tersebut hanya sah sehingga
tengahari pada hari berkenaan. Penulis yakin ini hanyalah satu penipuan dan
penulis cuba menyiasat kerana harga yang ditawarkan sekali ganda lebih murah
daripada harga pasaran (lebih kurang RM3,000.00). Sahabat penulis yang sedikit
berdegil menegaskan bahawa gajet tersebuat dijual oleh seorang pelakon tambahan
yang dikenalinya melalui aplikasi instagram. Menurut pelakon terbabit gajet
terbabit didapati daripada teman wanitanya yang berkerja di syarikat
telekomunikasi Maxis dan gajet tersebut adalah untuk penghabisan stok. Dengan
segala maklumat yang ada penulis membuat kajian dan ternyata ini adalah penipuan
kerana kes yang sama pernah terjadi kepada artis-artis Malaysia tidak lama
dahulu dengan paten penipuan hampir 100% sama! Ternyata pelakon terbabit
mendesak sahabat penulis untuk membayar deposit tanpa berjumpanya dahulu dengan
pelbagai alasan yang dibuatnya dan penulis berjaya menyelamatkan sahabat penulis
yang telah mengambil lima tempahan pada pagi itu sahaja.
3 Cabutan Bertuah
Penipuan jenis ini adalah jenis penipuan yang paling banyak
dan biasa terjadi. Pernahkan anda mendapat SMS atau panggilan telefon yang
mengumumkan anda sebagai pemenang cabutan bertuah daripada mana-mana syarikat
atau bank? Kebiasaannya penipuan menggunakan nama public listed company seperti
Petronas, Telekom atau TNB dan juga mana-mana bank di Malaysia. penulis pernah
mendapat panggilan yang mengumumkan penulis telah memenangi hadiah 1 juta
ringgit Malaysia daripada Petronas. Pemanggil tersebut menggunakan Private
Number dan yang paling ketara percakapan pemanggil begitu pelat (pemanggil
mungkin berbangsa Cina). Pemanggil cuba meminta nombor dan tarikh luput kad ATM
penulis dan pastinya dia tidak berjaya melakukannya atas beberapa sebab yang
penulis rasa begitu meragukan iaitu :
1. Adakah Petronas mengupah seseorang yang melakukan
kerja-kerja public relation (PR) yang begitu pelat dalam bidang
komunikasi?
2. Kenapakah panggilan dibuat pada awal pagi hari minggu
iaitu hari Ahad?
3. Kenapa penulis tidak tahu mengenai cabutan bertuah ini
dalam mana-mana sumber termasuklah akhbar atau kaca televisyen? Adakah petronas
tidak bangga dapat memberikan cabutan bertuah sebanyak 1juta kepada
penggunanya?
4. penulis tidak pernah mengisi mana-mana borang cabutan
bertuah dengan Petronas.
Perkara yang paling dikesali penulis bila salah seorang
staf penulis memasukkan RM500.00 kedalam akaun penipu setelah mendapat SMS yang
menyatakan dia memenangin cabutan bertuah daripada sebuah bank dan penipuan
tersebut dipercayai didalangi oleh rakyat Indonesia.
4 Penipuan Mudah.my
Pihak mudah.my sering menekankan supaya pembelian
dialakukan melalui proses cash on delivery (COD) atau pembayaran semasa
penghantaran. Kes kali ini apabila sahabat penulis dari kampung ingin menyewa
sebuah rumah teres di kawasan berdekatan i-city Shah Alam. Pembayaran deposit
telah dilakukan dengan memasukkan duit ke dalam akaun sebanyak RM2,400.00 iaitu
deposit selama dua bulan sewa. Sahabat penulis meminta penulis untuk meninjau
rumah terbabit setelah tiada khabar berita daripada pemilik rumah walaupun
pembayaran telah dibuat. Penulis mendapat tahu daripada jiran rumah berkenaan
bahawa rumah itu telah ada penyewa dan ramai telah tertipu dengan iklan di
Mudah.
5 Penipuan sedekah online
Penulis paling kecewa dengan peniuan ini kerana mereka
menggunakan agama bagi menjalankan penipuan mereka. Kononnya terdapat ramai
jutawan yang menyalurkan bantuan sedekah kepada mereka untuk diagihkan kepada
orang ramai. Antara yang ditawarkan ialah dana niaga dan dana pendidikan dimana
yuran proses bagi mendapatkan dana tersebut ialah diantara RM50.00 dan RM150.00.
Bayangkan mereka yang meminta dana zakat adalah daripada golongan yang tidak
mampu dan jumalah RM50.00 itu begitu besar bagi mereka namun tanpa hati perut
mereka ini menggunakan agama bagi mengaburi mata pemohon. Penulis syak penipuan
ini didalangi rakyat Indonesia kerana sedekah secara online sangat popular di
sana. Untuk pengetahuan semua penulis juga tertipu kali ini apabila penulis
memohon dana niaga walaupun terdapat banyak was-was semasa permohonan tersebut
namun penulis dikaburi oleh penggunaan agama daripada penipu. Yang pastinya
penipuan ini begitu terancang dengan penubuhan pejabatnya di Seksyen 15 Shah
Alam dan operasi websitenya.
Ini antara kes-kes yang penulis alami dan banyaklah lagi
kes penipuan yang terjadi termasuklah penipuan MLM dan penipuan luar negara.
Daripada kes-kes yang penulis alami kita dapat mengenal pasti penipuan dengan
bebrapa cara dan antaranya ialah :
1. Penipu akan mendesak untuk mendapatkan duit seawal
mungkin dengan pelbagai alasan.
2. Penipu akan menggunakan gelaran atau nama-nama individu
yang terkenal untuk melakukan penipuan seperti Dato' atau
artis.
3. Penipu akan menggunakan isu-isu semasa dalam menjalankan
penipuan mereka.
4. Penipu meminta data peribadi seperti nombor akaun atau
sebagainya.
5. Penipu menawarkan harga yang begitu murah dari harga
pasaran.
6. Penipu menggunakan agama dan perwatakan yang
alim.
7. Penipu tidak menggunakan sistem cash on
delivery.
Borgata Hotel Casino & Spa - Mapyro
ReplyDeleteFind your 상주 출장안마 way around the casino, find where everything is 파주 출장마사지 located with 경상남도 출장안마 the map. See 제천 출장마사지 all the information you need to find casinos 서귀포 출장안마 in the area.