Wednesday, December 24, 2014

Patut lah murah !! Dah nak EXPIRED !

Hye semua !

Dah lama saya tak update blog, harini saya nak kongsikan satu cerita yang terjadi pada diri saya sendiri buat pengajaran kepada anda semua.

Baru-baru ni, saya ke pasaraya Xiri untuk membeli susu tepung kepada anak buah saya, kebetulan pasar raya tu yang paling hampir dengan kediaman kakak saya. Sesampai saya di pasar raya tersebut, fokus saya memang untuk mencari susu tepung Nespray yang selalu di minum oleh anak buah saya.

Murah !! memang murah harga susu Nespray kali ni, selalunya tak semurah ni. Saya pun tanpa berfikir panjang terus ambil dua bungkus (disebabkan murah).

Dalam perjalanan pulang ke rumah, dalam kereta saya berfikir..kenapa murah??susu rosak ke?? susu lama ke?? saya pun memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan membelek bungkusan susu tersebut, RUPA-RUPANYA ! dah nak expired ! dah la saya beli dua bungkus ! geram betul ! kenapa Pasar Raya Xiri tak utamakan kesihatan bayi ?? nak untung ajeeee...


Kalau saya tau dan check expired date sebelum beli, memag x la saya nak beli..baik mahal dari bahayakan kesihatan anak buah saya! Harap pasar raya ni tak ulang lagi kesilapan yang sama. Biar mahal, asalkan berkualiti dan tak beri kesan sampingan kepada keishatan.

Wednesday, December 10, 2014

Perbezaan harga yang sangat ketara di Pasar Raya

Assalamualaikum semua,

Harini saya nak kongsikan satu cerita mengenai perbezaan harga di pasar raya, cerita yang sama seperti ini telah saya kongsikan dan post sebelum ini, kalau kawan-kawan semua perasan..semakin hari semakin banyak pelanggan merungut dan mengadu cerita yang sama, samada di laman sosial, secara berhadapan dan macam-macam lagi.. tetapi tetap isu yang sama juga timbul.

Mari lihat gambar yang saya "screenshot" ini


Harap pasar raya yang berkenaan dapat mengatasi masalah ini supaya tiada lagi pelanggan yang "teraniaya".  Sudah-sudah la tu "merompak" duit pelanggan.

Tuesday, November 25, 2014

Tips berbelanja secara online ! Mesti yakin,puas hati,percaya 100% sebelum membeli !

15 Tip Membeli Secara Online sabagai panduan untuk diri saya dan pengguna internet di luar sana.


15 Tip Membeli Secara Online

  1. Pastikan syarikat yang menjalankan perniagaan online ini berdaftar
  2. Kenal pasti alamat dan nombor telefon yang sah penjual
  3. Jangan membeli melalui laman blog atau website yang tidak diyakini keselamatannya (blogspot,nama website yang jarang didengari, wordpress, dll)
  4. Jika pembelian melalui Facebook, Pastikan page jualan tersebut melebihi 5000 ‘likes’
  5. Pastikan page facebook mempunyai pengguna lain yang aktif bertanya mengenai produk, meninggalkan testimonial dan sebagainya dalam tempoh lebih daripada 5 bulan.
  6. Jika penjual menerima pembayaran melalui PayPal, penjual tersebut boleh dipercayai.
  7. Jangan sekali-kali menggunakan nombor kredit kad untuk urusan pembelian
  8. “If something sounds too good to be true, it is not true” berhati-hati dengan penjual yang menjual barangan dengan harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran
  9. Pastikan anda mendapat kod pengesanan item (tracking number) selepas penjual memberitahu anda barangan anda sudah dihantar
  10. Jika barangan anda tidak sampai dalam tempoh 5 hari dari tarikh pembelian, hubungi penjual untuk pemulangan wang. Anda mungkin ditripu.
  11. Jika alamat penjual adalah berdekatan dengan kediaman anda, lakukan cash – on – delivery (COD) – pungutan setempat (berjumpa dengan penjual)
  12. Berhati-hati jika penjual bersungguh-sungguh meyakinkan anda untuk membeli barangan darinya. Selidik latar belakang penjual.
  13. Tanya pengguna lain yang pernah berurusan dengan penjual
  14. Jangan minta diskaun berlebihan
  15. Hubungi nombor telefon penjual jika perlu.

Tuesday, November 18, 2014

Tikus bersembunyi dalam sayur-sayuran di pasar raya!

Assalamualaikum semua!

Petang ini saya ingin kongsikan satu cerita yang sangat di luar jangkaan kita semua, cerita ini akan membuat kita semua merasa marah dan amat mengecewakan, terutam sekali kepada mereka yang sering berbelanja di pasar raya ini.

Tempoh hari saya pergi berbelanja di Aeon Big, sedang saya leka berbelanja, saya sangat terkejut apabila sedang membeli-belah, tiba-tiba saya terhidu bau yang sangat busuk ! bau busuk tersebut membuatkan saya merasa musykil dan perasaan ingin tahu semakin meluap-luap, saya pun mengambil langkah untuk mencari dari mana datangnya bau busuk tersebut, rupa-rupanya dari bahagian sayur-sayuran!  apabila saya pergi melihat..alangkah terkejutnya saya apabila ternampak beberapa ekor TIKUS! yang sedang enak tidur dan sedang enak memakan sayur-sayuran tersebut.

Saya segera berlari mendapatkan pekerja yang menjaga di bahagian sayur-sayuran, pekerja tersebut kelihatan tidak sedikit pon menunjukkan riak muka terkejut dan cemas,sepertinya ianya perkara biasa di pasar raya tersebut.

Amat mengecewakan, saya pulang tanpa membeli apa-apa kerana bimbang akan kebersihan makanan di pasar raya tersebut.

Di sini saya kongsikan gamba sebagai bukti buat tatapan kawan-kawan:



 

Monday, November 3, 2014

Kes-kes penipuan yang terjadi di Malaysia.

Kes-kes penipuan yang terjadi di Malaysia. Saya kongsikan kepada anda semua, kes ini saya dapat dari seorang penulis yang hebat dan berpengalaman dalam isu penipuan-penipuan yang semakin berleluasa di Malaysia.

Penulis:"Saudara Mohd Faiz Bin Mazlishah merupakan penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran di UiTM Shah Alam dalam mod Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Beliau yang sekarang berada di tahun ke-2 pengajian merupakan seorang Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Siswa UiTM Shah Alam dalam bahagian perniagaan. Beliau juga aktif dalam penulisan blog di blog peribadi beliau www.morningtonight.com."
 
1 Skim 1 Malaysia

Kelicikan penipu menggunakan isu semasa menunjukkan penipu lebih berilmu daripada individu yang ditipu. Mereka sering mengaku yang mereka merupakan dari badan 1Malaysia sedangkan hakikatnya badan 1Malaysia tidak pernah mengiktiraf mereka. Populariti slogan 1Malaysia sengaja mereka gunakan untuk menjerat mangsa.

Bayangkan jika anda ditawarkan geran sebanyak RM200,000.00 untuk membuka kedai 1Malaysia dengan hanya membeli geran tersebut sebanyak RM10,000.00 daripada seorang individu yang bergelar Dato' unntuk membuka kedai 1Malaysia anda hanya memerlukan RM100,000.00 sahaja manakala selebihnya boleh gunakan sesuka hati anda dan bayaran mesti dibuat secepat mungkin (pada malam perjumpaan kami) kononnya bagi proses menukar nama geran tersebut. Dimanakah logiknya perkara ini? Siapakah yang begitu baik hati memberikan anda duit sesuka hati mereka sedangkan hakikat sebenarnya begitu susah untuk mendapatkan 1 sen pun daripada mana-mana pihak!

Jika dibuat kajian, begitu banyak kes penipuan yang membabitkan nama dana kerajaan 1Malaysia termasuklah kes biasiswa 1Malaysia yang sering menghiasi tajuk akhbar di Malaysia. Ini sedikit sebanyak mencemarkan nama 1Malaysia hanya kerana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan slogan tersebut untuk penipuan mereka.

2 Penipuan Gajet

Suatu pagi penulis dikejutkan dengan satu mesej daripada seorang sahabat yang menawarkan untuk membeli iphone 5s 64gb dengan harga hanya RM1,500.00 sahaja! Menurut sahabat penulis tawaran tersebut hanya sah sehingga tengahari pada hari berkenaan. Penulis yakin ini hanyalah satu penipuan dan penulis cuba menyiasat kerana harga yang ditawarkan sekali ganda lebih murah daripada harga pasaran (lebih kurang RM3,000.00). Sahabat penulis yang sedikit berdegil menegaskan bahawa gajet tersebuat dijual oleh seorang pelakon tambahan yang dikenalinya melalui aplikasi instagram. Menurut pelakon terbabit gajet terbabit didapati daripada teman wanitanya yang berkerja di syarikat telekomunikasi Maxis dan gajet tersebut adalah untuk penghabisan stok. Dengan segala maklumat yang ada penulis membuat kajian dan ternyata ini adalah penipuan kerana kes yang sama pernah terjadi kepada artis-artis Malaysia tidak lama dahulu dengan paten penipuan hampir 100% sama! Ternyata pelakon terbabit mendesak sahabat penulis untuk membayar deposit tanpa berjumpanya dahulu dengan pelbagai alasan yang dibuatnya dan penulis berjaya menyelamatkan sahabat penulis yang telah mengambil lima tempahan pada pagi itu sahaja.


3 Cabutan Bertuah

Penipuan jenis ini adalah jenis penipuan yang paling banyak dan biasa terjadi. Pernahkan anda mendapat SMS atau panggilan telefon yang mengumumkan anda sebagai pemenang cabutan bertuah daripada mana-mana syarikat atau bank? Kebiasaannya penipuan menggunakan nama public listed company seperti Petronas, Telekom atau TNB dan juga mana-mana bank di Malaysia. penulis pernah mendapat panggilan yang mengumumkan penulis telah memenangi hadiah 1 juta ringgit Malaysia daripada Petronas. Pemanggil tersebut menggunakan Private Number dan yang paling ketara percakapan pemanggil begitu pelat (pemanggil mungkin berbangsa Cina). Pemanggil cuba meminta nombor dan tarikh luput kad ATM penulis dan pastinya dia tidak berjaya melakukannya atas beberapa sebab yang penulis rasa begitu meragukan iaitu :


1. Adakah Petronas mengupah seseorang yang melakukan kerja-kerja public relation (PR) yang begitu pelat dalam bidang komunikasi?

2. Kenapakah panggilan dibuat pada awal pagi hari minggu iaitu hari Ahad?

3. Kenapa penulis tidak tahu mengenai cabutan bertuah ini dalam mana-mana sumber termasuklah akhbar atau kaca televisyen? Adakah petronas tidak bangga dapat memberikan cabutan bertuah sebanyak 1juta kepada penggunanya?

4. penulis tidak pernah mengisi mana-mana borang cabutan bertuah dengan Petronas.

Perkara yang paling dikesali penulis bila salah seorang staf penulis memasukkan RM500.00 kedalam akaun penipu setelah mendapat SMS yang menyatakan dia memenangin cabutan bertuah daripada sebuah bank dan penipuan tersebut dipercayai didalangi oleh rakyat Indonesia.


4 Penipuan Mudah.my

Pihak mudah.my sering menekankan supaya pembelian dialakukan melalui proses cash on delivery (COD) atau pembayaran semasa penghantaran. Kes kali ini apabila sahabat penulis dari kampung ingin menyewa sebuah rumah teres di kawasan berdekatan i-city Shah Alam. Pembayaran deposit telah dilakukan dengan memasukkan duit ke dalam akaun sebanyak RM2,400.00 iaitu deposit selama dua bulan sewa. Sahabat penulis meminta penulis untuk meninjau rumah terbabit setelah tiada khabar berita daripada pemilik rumah walaupun pembayaran telah dibuat. Penulis mendapat tahu daripada jiran rumah berkenaan bahawa rumah itu telah ada penyewa dan ramai telah tertipu dengan iklan di Mudah.

5 Penipuan sedekah online

Penulis paling kecewa dengan peniuan ini kerana mereka menggunakan agama bagi menjalankan penipuan mereka. Kononnya terdapat ramai jutawan yang menyalurkan bantuan sedekah kepada mereka untuk diagihkan kepada orang ramai. Antara yang ditawarkan ialah dana niaga dan dana pendidikan dimana yuran proses bagi mendapatkan dana tersebut ialah diantara RM50.00 dan RM150.00. Bayangkan mereka yang meminta dana zakat adalah daripada golongan yang tidak mampu dan jumalah RM50.00 itu begitu besar bagi mereka namun tanpa hati perut mereka ini menggunakan agama bagi mengaburi mata pemohon. Penulis syak penipuan ini didalangi rakyat Indonesia kerana sedekah secara online sangat popular di sana. Untuk pengetahuan semua penulis juga tertipu kali ini apabila penulis memohon dana niaga walaupun terdapat banyak was-was semasa permohonan tersebut namun penulis dikaburi oleh penggunaan agama daripada penipu. Yang pastinya penipuan ini begitu terancang dengan penubuhan pejabatnya di Seksyen 15 Shah Alam dan operasi websitenya.
 
Ini antara kes-kes yang penulis alami dan banyaklah lagi kes penipuan yang terjadi termasuklah penipuan MLM dan penipuan luar negara. Daripada kes-kes yang penulis alami kita dapat mengenal pasti penipuan dengan bebrapa cara dan antaranya ialah :
1. Penipu akan mendesak untuk mendapatkan duit seawal mungkin dengan pelbagai alasan.
2. Penipu akan menggunakan gelaran atau nama-nama individu yang terkenal untuk melakukan penipuan seperti Dato' atau artis.
3. Penipu akan menggunakan isu-isu semasa dalam menjalankan penipuan mereka.
4. Penipu meminta data peribadi seperti nombor akaun atau sebagainya.
5. Penipu menawarkan harga yang begitu murah dari harga pasaran.
6. Penipu menggunakan agama dan perwatakan yang alim.
7. Penipu tidak menggunakan sistem cash on delivery.


Thursday, October 23, 2014

Mengenali wanita menerusi cara berjalan... Ayuh!!

Ayuh!! kita baca... :)

Mengenal wanita menerusi dari cara berjalan,
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
 
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Wednesday, October 15, 2014

5 cara terpantas untuk berjimat dan menyimpan wang !

Anda tidak perlu menjadi pakar kewangan untuk memulakan habit penyimpanan wang dan anda juga tidak perlu berhenti perbelanjaan. Banyak cara yang boleh dilakukan seperti berdiet. Apabila anda mahu menurunkan berat badan, anda perlu mengubah cara hidup anda termasuklah cara pemakanan dan juga senaman. Terdapat pelbagai jenis diet trend tetapi realitinya diet yang berkesan dan yang mampu menurunkan berat badan hanya dengan permakanan yang sihat dan juga senaman.
Serupa juga dengan kes di atas, untuk menabung atau menyimpan wang kita hanya perlu ada kekuatan untuk kurangkan perbelanjaan ataupun tingkatkan pendapatan. Tetapi untuk melakukan semua ini, anda perlu ubah cara hidup anda terlebih dahulu.
Jika anda rasa anda ingin mencuba, di sini terdapat 5 cara terpantas untuk penjimatan dalam situasi kewangan anda sekarang.

1) Merombak semula

Langkah pertama untuk menjimatkan duit adalah dengan mengurangkan perbelanjaan.
Sebelum bermula, lihat dan semak kembali ke mana wang anda banyak dibelanjakan dan cari cara untuk mengurangkannya. Contoh, jika sewa rumah anda adalah rm800 sebulan, tidak salah untuk anda untuk mengurangkan jumlah itu dengan menyewa rumah yang lebih murah ataupun pindah kembali ke rumah keluarga anda atau cuba mencari kawan untuk berkongsi sewa bilik bersama.
Tiada had cara untuk anda berjimat. Kuncinya adalah anda tidak perlu menyeksa diri dengan berhenti perbelanjaan secara drastik tetapi apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan mengurangkan perbelanjaan secara konsisten.
Terdapat beberapa contoh untuk anda mengubah cara hidup yang mampu mengurangkan perbelanjaan bulanan anda.
5 Cara Tercepat Untuk Menyimpan Wang-1a
Anggaran perbelanjaan bulanan dan pelan penyimpanan

2) Tingkatkan pendapatan

Duit sudah berkurangan. Apa yang anda perlu lakukan? Selain daripada mengurangkan perbelanjaan, anda juga perlu meningkatkan pendapatan. Tidak kira betapa hebatnya anda menyimpan duit, pendapatan tambahan akan berguna jua nanti.
Untuk menambahkan pendapatan anda, fikir tentang kerjaya yang mampu memberikan gaji yang lumayan. Rujuk kepada infografik kami untuk senarai gaji yang tertinggi di Malaysia mengikut pekerjaan dan industri.
Walaubagaimanapun, jika anda tidak merancang untuk menukar pekerjaan, anda boleh kerap berbincang dengan majikan anda tentang prestasi dan sasaran untuk anda layak mendapat kenaikan pangkat atau lain-lain ganjaran.
Cara lain untuk menambahkan pendaptan anda adalah dengan mencari kerja sambilan seperti menulis, pekerjaan bebas, menulis blog dan mungkin menjadi guru tusyen. Untuk memilih kerja sambilan juga haruslah tepat bergantung kepada kecenderungan dan kepakaran anda.
Anda juga boleh mengiklankan servis atau perkhidmatan anda di Facebook secara percuma untuk menambahkan pendapatan. Gunakan laman social anda untuk mempertingkatkan pendapatan bulanan.

3) Jana wang dari ‘barangan terpakai’

Seperti yang diperkatakan sebelum ini dan ingin kami ulangi lagi — mengurangkan perbelanjaan sahaja tidak cukup. Anda juga boleh menambah pendapatan anda dengan menjual barangan terpakai. Terdapat banyak forum, laman Facebook dan laman sesawang yang boleh anda menukar dan menjual barangan terpakai.
Duit adalah motivasi yang kuat untuk kita memulakan apa yang patut dimulakan sebelum ini. Jika terdapat banyak pakaian atau barangan yang anda tidak mampu dimuatkan ke dalam almari, maka cubalah untuk menjualnya jika anda tidak mahu memakainya lagi (pastikan masih dalam keadaan yang baik). Setiap ringgit tambahan membawa anda kepada gol anda. Jadi, apa yang ditunggu lagi? Jom jadi kreatif!

4) Dapatkan ganjaran apabila anda berbelanja

Berjimat tidak bermaksud kita hidup umpama sami, rahib atau paderi. Anda boleh memanjakan diri sekali-sekala. Anda masih boleh menikmati makan malam di luar, memanjakan diri dengan terapi membeli-belah. Kuncinya adalah dengan memilih tempat perbelanjaan yang berbaloi dengan pendapatan anda.
Salah satu cara untuk mendapatkan diskaun adalah dengan berbelanja melalui laman web.
Kebanyakan barangan di Internet adalah lebih murah kerana mereka tidak perlu membayar sewa kedai. Anda juga boleh menebus kupon untuk mendapatkan lebih diskaun di kedai web.
Beberapa laman web e-dagang yang terkenal menawarkan kod-kod baucer diskaun. Maka anda boleh memuat turun baucer yang menawarkan diskaun terkini di laman web seperti iPrice.my. Kesemua kod baucer dikemaskini setiap hari untuk memastikan anda tidak terlepas peluang untuk berjimat.
Cara lain untuk mendapat ganjaran berbelanja adalah dengan mengunakan kad kredit. Ambil masa seketika untuk mengetahui tentang ganjaran dan diskaun yang ditawarkan oleh kad tersebut. Dengan itu, lebih mudah untuk anda medapatkan wang pulangan dan mata ganjaran setiap kali anda berbelanja!

5) Faedah berganda yang magik

Setelah mengubah dan menjana lebih pendapatan, menyimpan wang di dalam tin atau meletakkannya di bawah katil bukanlah cara penyimpanan wang yang bagus.
Berusaha sedikit untuk menjadi lebih pintar dan berjimat dalam pada masa yang sama dengan mengira wang yang akan didapati dari bantuan faedah berganda.
Terdapat beberapa cara untuk anda menyimpan duit dan mendapat imbuhan ke atasnya seperti:
1) Akaun deposit tetap – Merupakan satu alternatif mudah dan bebas risiko kepada saham/bon. Deposit tetap ialah pelaburan bagi orang yang mahukan instrumen pelaburan yang berisiko rendah atau cara penyimpanan wang berfaedah yang lebih tinggi.
2) Tabung unit amanah – Risiko rendah apabila melabur di dana unit amanah kerana seorang pengurus dana akan dilantik untuk memastikan portfolio pelabur dipelbagaikan.
Kadangkala satu matlamat mampu merangsang kita untuk mendapatkan wang dengan segera seperti menyimpan untuk satu percutian atau membeli rumah. Bagaimanapun, terdapat satu peluang di mana sebaik sahaja anda membuat perubahan ini, anda tidak akan kembali kepada tabiat lama anda.

Thursday, October 2, 2014

Rahsia di sebalik tahi lalat .. :)


Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.

Bahagian Badan & Firasat

Bibir atas kanan
Banyak rezeki, pandai

Bibir atas kiri
Ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan
Disegani orang, ramai yg suka

Bibir bawah kiri
Pandai bicara, tak mudah kalah

Leher kanan
Cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri
Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

Leher di tengah
Tercapai cita-cita

Biji mata kanan
Suka serong dan pembohong

Biji mata kiri
Pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan
Baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri
Baik budi, murah rezeki

Punggung kanan
Agak mengalami kesulitan

Punggung kiri
Malas dan suka duduk

Betis kanan
Suka berhibur, boros

Betis kiri
Rajin,tidak suka menganggur

Lutut kanan
Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

Lutut kiri
Kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan
Terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri
Sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang
Jujur, sabar dan tekun

Kening kanan
Cerdas dan cekap

Kening kiri
Cerdas, sopan santun

Tengah kening
Keras hati, berani segala hal

Hujung mulut kanan
Kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri
Suka berpoya-poya

Ketiak kanan
Dapat menyimpan rahsia

Ketiak kiri
Jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan
Suka berpergian (keluar rumah)

Pergelangan kaki kiri
Kehendak kuat

Batang hidung
Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Pada hidung
Banyak rezeki

Dagu bawah kanan
Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri
Bijak sana dan berbudi luhur

Kemaluan kanan atau kiri
Baik, suka senggama

Di kepala kemaluan (lelaki)
Bakal beristeri 2

Tumit kanan
Jujur dan banyak kawan

Tumit kiri
Baik budi

Alis kanan
Suka menolong, baik hati

Alis kiri
Ramai yang suka

Pangkal peha kanan
Kemahuan kuat

Pangkal peha kiri
Suka kerja apa pun

Telapak kaki kanan
Tak mudah mengeluh

Jari kaki kanan
Suka menolong

Jari kaki kiri
Berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan
Cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

Bahu kiri
Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Buah dada kanan
Baik hati, pendiam,simpan rahsia

Buah dada kiri
Ramai kawan, setia pada pasangan

Lengan kanan
Setia dan taat pada atasan

Lengan kiri
Menepati janji dan rajin

Pipi kanan
Ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan
Ramai yg suka

Tengah-tengah pipi kiri
Ramai teman

Ubun-ubun
Kurang jujur

Pusat
Cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan
Sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri
Beroleh kemliaan

Pinggang kanan
Sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri
Disayang pasangan hidup

Dada kanan
Dapat mengatasi masalah

Dada kiri
Berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan
Tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri
Baik budi pekertinya

Siku tangan kanan
Kuat ingin memiliki kekayaan

Siku tangan kiri
Baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan
Serba beroleh keuntungan

Jari tangan kiri
Serba baik bekerja

Jari telapak tangan kanan
Banyak rezeki tapi boros

Jari telapak tangan kiri
Banyak rezeki dan cermat

Perut bawah kanan
Banyak rezeki, suka memberi maaf

Perut bawah kiri
Baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam
Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam
Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar
Baik budi, ramai yg cinta

Pelipis kiri
Murah rezeki, dpt jadi kaya

Pelipis kanan
Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas
Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas
Baik budi, ramai yg suka

Kelopak mata kanan bawah
Agak malas

Kelopak mata kiri bawah
Agak bodoh, kurang bijaksana

Sunday, September 28, 2014

Bayaran parking yang gila mahal ! melampau-lampau !

Slamat petang !

Hye semua, petang ni saya nak kongsikan satu cerita mengenai bayaran parking yang gila melampau punya mahal!

Kawasan letak kenderaan ni dah la kat hospital, memang tidak sepatutnya dan sangat melampau. Macam nak menganiaya orang, masuk hospital sebab sakit..sakit lagi hati ni bila nak membayar parking dengan harga yang sangat tidak sepatutnya.

Kawasannya adalah seperti yang tertera di gambar bawah ini.

Harap pihak berkuasa dapat bertimbang rasa dengan mengambil tindakan dengan menurunkan harga bayaran parking kepada harga yang sepatutnya.

Wednesday, September 24, 2014

Tips meurunkan berat badan dengan cepat !

Selamat pagi semua !

Mari ! luangkan masa anda untuk beberapa tips yang bagus dan berkesan untuk menurunkan berat badan.

Di sini saya kongsikan tips-tips menurunkan berat badan :



1.Olahraga

Berolahraga secara teratur akan memberi perubahan pada bentuk tubuh. Berolahraga seperti push up, jogging, badminton, berlari dan sebagainya sangat membantu dalam menurunkan berat badan. Bertimbunnya lemak di dalam tubuh akan menyebabkan tubuh sukar digerakkan sehingga tubuh menjadi malas dan pergerakkan menjadi semakin perlahan serta terhad

 2.Diet Sihat
Lakukan diet sihat dengan mengubah pola pemakanan dan memilih makanan rendah lemak, makan makanan yang direbus dan buah–buahan segar.

 3.Cukup Tidur
kegemukan bukan saja disebabkan oleh makanan tetapi juga faktor kekurangan waktu tidur. Orang yang kurang tidur,berat badanya melebihi orang yang cukup tidur. kebiasaannya, tidur selama 8 jam sehari sudah mencukupi.

 4.Kurangi stres
stres akan meningkatkan selera makan dan menyebabkan kenaikan berat badan.

 5.Tingkatkan pengambilan makanan berempah
Kebanyakkan rempah–ratus mampu meningkatkan metabolisma  tubuh dan menurunkan berat badan. Rempah–ratus tersebut diantaranya jahe, gingseng, kayu manis, kapulaga, kunyit, dan jintan.

 6.Melakukan urutan secara memijak
Memijak bahagian tubuh yang banyak mengandung lemak untuk melepaskan lemak yang berada di bawah kulit, ianya juga mampu meningkatkan metabolisma tubuh dan melancarkan peredaran darah serta membuang racun dan menurunkan berat badan.

 7.Hindari Minuman Bergas
Minuman bergas akan menghancurkan usaha anda dalam menurunkan berat badan. Hal ini kerana kandungan sebotol kecil minuman bergas mengandungi kira-kira 250 kalori dan semuanya berasal dari gula. Hindarilah minuman bergas kerana selain tidak sihat, minuman bergas juga akan menyebabkan peningkatan berat badan secara mendadak dan mengundang penyakit berbahaya seperti obesiti dan kencing manis.

 8.Hindari Makanan bergoreng
Untuk lebihkan usaha menurunkan berat badan, sebaiknya hindarilah makanan yang digoreng kerana makanan tersebut berpotensi menyimpan lemak trans dan akhirnya dapat menyebabkan penompokkan lemak pada tubuh. Sebaiknya usahakan makanan yang direbus, kukus, sup, dan sebagainya.

 9. Air putih
Jika Anda mengalami dihidrasi, maka sistem metabolisma tubuh akan terganggu. Hal tersebut lah yang menyebabkan terjadinya penimbunan lemak yang semakin besar. Pastikan pengambilan air putih mencukupi agar tubuh tidak mengalami dihidrasi. 8 gelas air putih sehari adalah sebaiknya.

Banyak lagi cara menurunkan berat badan, asalkan kita  rajin mengamalkannya dan memperhatikan pola pemakanan supaya tubuh menjadi sihat dan segar, segala penyakit yang tidak di ingini juga dapat dihindari. Apabila Anda dapat mendisiplinkan diri dan mengamalkan diet yang betul,maka berat badan yang ideal pasti akan dapat dikecapi dengan sekelip mata !Tubuh yang sihat pasti hidup akan lebih bahagia.

Sunday, September 21, 2014

Tips berbelanja dengan bijak !

Assalamualaikum.. Hye semua !

Di sini saya nak kongsikan tips berbelanja dengan bijak, Ayuh kita cuba !

1. Jangan mudah terpengaruh dengan IKLAN dengan maklumat yang keliru serta yang selalu mengeksploitasi kaum wanita yang dijadikan sebagai model.

2. Elakan penggunaan kad kedit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih dan bersikap boros, bawalah wang tunai yang secukupnya ketika membeli.

3. Beli barangan secara pukal lebih murah berbanding membeli barangan dalam kuantiti yang sedikit.
Buatlah belanjawan sebelum membeli belah.

4. Bandingkan yang mana satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding kehendak.

5. Berjimat cermat amalan mulia, bertabunglah walaupun sesen kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

6. Semasa membeli-belah di pasaraya, pilihlah raga/bakul berbanding troli untuk mengisi barang, kerana hal ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika membeli-belah!

7.Lihatlah katalog barangan sebelum membeli belah, belilah barangan yang ada promosi, ini akan membantu anda untuk berjimat!

8. Gores dan menang, jangan terpedaya. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional.

9. Gunakan beg kitar semula semasa membeli belah, penggunaan beg plastik akan mencemarkan alam sekitar!

10. Pastikan logo halal pada barangan adalah yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jangan mudah tertipu dengan logo halal palsu.

11. Belilah barangan keluaran Industri Kecil-kecilan ataupun Industri Desa. Sokong barangan buatan Malaysia.

12. Semak resit pembelian dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.
Belilah makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi, elakan membeli makanan ringan.

13. Pilih buah-buahan tempatan, terdapat pelbagai pilihan, yang bermusim dan juga tidak.
Sentiasa buat bandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya, buat pilihan yang bijak, kadang kala yang tinggu kuantitinya tak semestinya tinngi kualitinya.

14. Belilah barangan elektrik dengan kelulusan SIRIM.

15. Jangan mudah terpedaya dengan barangan beserta promosi hadiah, kadang-kala, harga barangan tanpa hadiah lebih murah dan berbaloi-baloi!

16. Untuk pengguna telekomunikasi, pilihlah pembekal plan yang berpatutan dan bersesuaian dengan tahap penggunaan anda. Buatlah pilihan bijak!

17. Periksa keadan barang sebelum membelinya, lihat keadaan fizikalnya dalam keadaan baik atau tidak, periksa kuantitinya supaya cukup seperti maklumat dalam label.

19. Gunalah kenderaan awam untuk ke kampus atau ke tempat kerja, lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mesra alam.

20. Berkongsi kereta ‘car pooling’ ke kampus atau ke tempat kerja lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.

21. Pastikan label harga tertera pada barangan, jika tiada laporkan pada pihak berkuasa, anda berhak untuk mendapat maklumat yang sewajarnya!

22. Jualan murah! Jangan mudah tertipu, bandingkan harga sebelum dan selepas dahulu sebelum membeli.

23.Dapatkan bantuan jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli. Ingat, anda punyai hak untuk membuat pilihan, jangan biarkan penjual memaksa atau membuat pilihan untuk anda.

Thursday, September 18, 2014

Pasar Raya CURI duit rakyat Malaysia !!

Hello kawan-kawan semua !

Geramnya saya pagi ni ! jumpa lagi satu hal ni, temph hari pasar raya lain, harini yang lain pulak curi duit rakyat..duit siapa?? duit kita !!

Pandai betul pasar raya ni, dalam diam-diam makan duit orang !

Ini pelanggan yang perasan, macam mana dengan beribu-ribu pelanggan yang tak perasan atau malas nak share tentang isu ni?? berapa banyak pasar raya ni curi duit kita?

OOoo.. buka pasar raya besar-besar, banyak-banyak..rupa-rupanya main kotor, guna duit haram !

Tengok ni kawan-kawan.... Banyak tau, bukan sikit..



Hati-hati yea lepas ni, setiap kali selepas membuat pembayaran..check resit dulu dan claim balik duit kita, kita ada hak sebagai seorang pelanggan.

Monday, September 15, 2014

Bahaya Inai Henna !


Sangat ngeri bila tengok gamba di atas. Bahaya inai henna ! Berhati-hatilah kawan-kawan ketika memilih dan membeli inai, jangan main beli je, check dulu tarikh tamat tempohnya, bahan yang digunakan untuk menghasilkannya dan lain-lain lagi. Jangan dah kena baru nak menyesal.

Monday, September 1, 2014

Sindiket PENIPUAN !

Kita berjumpa lagi kawan-kawan :)

OK, harini saya nak kongsikan satu cerita yang agak panas yang kerap kali kita dengari dan ianya penting juga buat pengetahuan kita bersama, serta sebagai langkah berhati-hati terutama sekali ketika kita didatangi orang yang tidak dikenali untuk memberi 'bantuan' , jangan sewenang-wenangnya kita menerima bantuan tersebut ! kerana di sebaliknya, terdapat pelbagai penipuan dan muslihat !

Sindiket penipuan ini semakin berleluasa pada masa sekarang, tujuan penjenayah ini melakukan sindiket penipuan seperti ini adalah bertujuan hendak mengaut keuntungan yang besar, seperti 'membantu' membawa mangsa ke bengkel yang juga bersubahat melakukan sindiket penipuan ini dengan meletakkan harga yang tinggi untuk membaiki kenderaan anda, atau mungkin mereka juga mempunyai niat yang lebih dasyat dari itu??! seperti membawa mangsa perempuan ke kawasan sunyi dan merogol atau membunuh atau mungkin juga hendak merompak mangsa??

Jadi, sama-sama lah kita berwaspada dan berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk menerima 'bantuan' tersebut,kerana sekali terkena, menyesal sampai bila-bila.Sebagai contoh, jom kita sama-sama baca cerita yang di kongsikan oleh saudara kita ini.

Monday, August 11, 2014

Pasar Raya tipu pelanggan !!

Assalamualaikum kawan-kawan,

Di sini sy nak kongsi satu cerita, baru-baru ni saya sering mendengar cerita tentang keluhan harga barangan di pasar raya yang tidak sama dengan harga barangan yang dipamerkan atau di labelkan pada barangan.

Pelanggan banyak kena TIPU ! duit kita ditelan sikit demi sikit tanpa kita sedari, hebat betul pasar raya ni main KOTOR! Kalau seribu orang kena macam ni, berapa banyak pasar raya ni untung??

Ini salah satu gambar yang saya jumpa semasa melayari laman sosial Facebook.
 
 


1.Chocolate m/gold, scan RM8.15, Harga di shelf RM6.95
2.Ayamas Black pepper, scan RM12.90, harga di shelf RM11.70

Nampak tak perbezaan harga ini? macam mana kalau dalam sebulan pelanggan yang sama terkena berkali-kali? berapa banyak duit kita pasar raya ni makan? So, hati-hati kawan-kawan, kita semua sebagai pelanggan, ada hak untuk memberontak !!


Sunday, August 3, 2014

Sokong dan majukan produk tempatan.. Ayuh !

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^o^

Sekarang, panas dengan isu perang di Gaza, saudara kita bertarung nyawa, berperang senjata demi hendak menyelamatkan keluarga tercinta, saudara mara dan kawan-kawan. Malangnya, masih ada nyawa yang tidak dapat di selamatkan, bahkan berjuta-juta saudara kita telah terkorban.

Kita sebagai rakyat Malaysia hanya mampu bersimpati dan sedih dengan hal ini, apa yang kita mampu lakukan hanya lah berdoa memohon agar nasib saudara kita di sana terbela.

Selain itu !! kita juga mampu membantu mereka dengan tidak membeli barangan Israel,kerana ianya secara tidak langsung akan membantu Israel membeli senjata menyerang lebih ramai lagi saudara kita di Gaza.

Memandangkan sekarang panas dengan isu boikot barangan Israel, saya ingin kongsikan satu poster yang saya jumpa di laman sosial. Agak menarik dan sangat benar. Cubalah kawan-kawan..


Ayuh ! kita beramai-ramai berubah daripada  membeli barangan luar negara, kepada barangan tempatan, secara tidak langsung kita dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan meyokong barangan tempatan.